Kebaikan Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan Online seperti SAPS

Menduduki peperiksaan merupakan masa yang sukar bagi para pelajar. Terutamanya bagi mereka yang ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Ulang kaji bahan pembelajaran beberapa bulan lebih awal sebelum peperiksaan, untuk menduduki peperiksaan yang berlangsung selama beberapa jam sahaja. Pelajar akan berasa takut, risau, tertekan. Tetapi semuanya sudah tamat, anda telah berjaya melalui peperiksaan! Sekarang apa yang perlu buat hanya menunggu tarikh pengumuman keputusan. Tarikh pengumuman akan diberitahu dan dipaparkan di SAPS Ibu bapa. Pelajar akan dapat menyemak keputusan secara atas talian apabila tiba masanya dengan sistem SAPS dengan beberapa click di depan komputer riba atau telefon bimbit.

Read More

Proses Menghadapi Keputusan Peperiksaan Anak-Anak

Khas untuk Ibu Bapa – Proses Menghadapi Keputusan Peperiksaan Anak-Anak.

Menjelang waktu peperiksaan, tekanan bukan hanya dirasai oleh anak-anak. Malah ibu bapa tidak terkecuali. Mereka turut sama berkongsi rasa debaran menanti keputusan hasil usaha anak-anak mereka, bertungkus-lumus belajar bagi menghadapi peperiksaan. Hal ini kerana, ibu bapa sedar bahawa keputusan tersebut penting dalam usaha mereka mencorak masa depan anak-anak. Dalam artikel ini,akan diterangkan secara ringkas beberapa faktor yang perlu diambil berat oleh ibu bapa ketika berhadapan dengan situasi yang sebegini. Read More

Panduan SAPS Ibu Bapa dan NKRA

Mengenai Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan (SAPS)

Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan (SAPS) merupakan satu bentuk aplikasi secara maya. Aplikasi ini terhasil daripada cetusan idea Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011. Tujuan utama SAPS adalah untuk mengumpul,menyimpan, serta menganalisis keputusan peperiksaan para pelajar di sekolah. Usaha ini bertepatan dengan objektif Analisis Kemajuan Sekolah (SIT) iaitu memainkan peranan penting dalam menganalisis data-data peperiksaan setiap sekolah di Malaysia. Kesanya, langkah ini mula menampakkan hasil dalam mengawasi draf kecemerlangan para pelajar di serata Malaysia.

Read More

Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa

Umum ketahui Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan sistem khas dalam membantu ibu bapa serta penjaga dalam menyemak serta memantau keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Selain itu juga, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) ini juga dapat diibaratkan sebagai pusat memproses segala macam jenis maklumat yang sememangnya berkisarkan pembangunan sistem pendidikan Malaysia. Jadi tidak hairanlah SAPS mampu memaparkan slip keputusan peperiksaan terdahulu kerana turut bertindak sebagai pusat pengumpulan keputusan peperiksaan para pelajar seluruh Malaysia.

Read More

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk Ibu bapa dan Guru

Pemahaman Lengkap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk Ibu bapa dan Guru.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah menawarkan sebuah platform kepada agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN dan PPD. Tujuan utama sistem ini bagi memudahkan pihak-pihak berkenaan membuat analisis dalam sistem pendidikan tempatan dalam usaha mengatasi sebarang kelemahan yang timbul. Dengan kata lain, sistem ini menawarkan pusat pengumpulan beserta analisis data peperiksaan peringkat dalaman.

Read More

Pendapat seorang guru yang mengajar di Malaysia

Hari ini saya mengamuk di sekolah. Ini bukan diri saya yang sebenar. Anda tidak akan melihat saya sebegini lagi. Kebiasaannya, jika saya sedang marah, saya akan menghilang. Hari ini, saya telah membawa tiga orang pelajar perempuan kepada pengetua dan memanggil ibu bapa bagi tiga orang pelajar lelaki. Mereka ini merupakan pelajar yang bermasalah sejak hari pertama lagi saya mengajar di sini. Mereka tidak mahu mendengar, keluar masuk kelas mengikut kemahuan mereka, tidak menyiapkan kerja sekolah dan kerja berkumpulan, bercakap mengikut sesuka hati mereka, tidak ada adab pun di dalam diri mereka. Mereka juga tidak pergi ke surau untuk solat, membuli dan mengejek pelajar yang lain, memilih untuk meninggalkan kelas dan akan berjalan ke pintu kelas setiap 5 minit menjerit bagi mengganggu kelas tersebut.

Read More

SAPS Ibu Bapa Memastikan Pelajar Berada di Haluan Yang Sebenar

Mungkin sukar bagi ibu bapa yang bekerja untuk mencari masa bagi melawat secara kerap ke sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka melalui guru-guru di sekolah. Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pendidikan telah menemui satu jalan penyelesaian yang membolehkan ibu bapa untuk memantau perkembangan akademik anak-anak secara berterusan serta mendapatkan keputusan ujian dan peperiksaan mereka pada bila-bila masa sahaja dengan hanya melalui hujung jari.

Read More

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Pada masa kini, sudah pastinya kebanyakan ibu bapa di Malaysia sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak kira bekerja di bawah majikan atau bekerja sendiri. Oleh sebab itu, kadang-kala amat sukar bagi sesetengah ibu bapa untuk menghadirkan diri pergi ke perjumpaan ibu bapa dan guru di sekolah untuk memantau perkembangan prestasi anak-anak mereka.

Read More