Kebaikan Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan Online seperti SAPS

Menduduki peperiksaan merupakan masa yang sukar bagi para pelajar. Terutamanya bagi mereka yang ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Ulang kaji bahan pembelajaran beberapa bulan lebih awal sebelum peperiksaan, untuk menduduki peperiksaan yang berlangsung selama beberapa jam sahaja. Pelajar akan berasa takut, risau, tertekan. Tetapi semuanya sudah tamat, anda telah berjaya melalui peperiksaan! Sekarang apa yang perlu buat hanya menunggu tarikh pengumuman keputusan. Tarikh pengumuman akan diberitahu dan dipaparkan di SAPS Ibu bapa. Pelajar akan dapat menyemak keputusan secara atas talian apabila tiba masanya dengan sistem SAPS dengan beberapa click di depan komputer riba atau telefon bimbit.

Pada zaman yang moden ini, segala benda ada dalam persekitaran akan ditukar kepada bentuk digital. Ini semua disebabkan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Dan ia juga mempengaruhi sistem penyemakan keputusan peperiksaan. Dengan teknologi moden, kini membeli barang secara atas talian, tempah makanan, tiket dan lain-lain sudah menjadi kebiasaan kepada orang ramai. Sama juga seperti sistem penyemakan keputusan peperiksaan atas talian ini. Bukan sahaja memudahkan pengeksesan oleh pelbagai pihak, juga boleh mengurangkan penggunaan kertas.

Salah satu daripada kebaikan sistem penyemakan keputusan online ialah ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi ada telefon bimbit dan internet. Selalunya peperiksaan akan berlangsung sebelum cuti, ini bermaksud keputusan ujian akan diumumkan pada hari cuti sekolah. Mungkin anda akan berada di rumah, sedang melancong dan sebagainya. Walaupun begitu, anda masih boleh melayari ke laman web lembaga peperiksaan untuk menyemak keputusan. Dengan memasukkan nombor pengenalan sahaja, keputusan akan dipaparkan bersamaan dengan nilai gred purata.

Jika pelajar dalam keadaan tiada internet, pelajar juga boleh menggunakan perkhidmatan SMS. Pelajar perlu menghantar nombor kad pengenalan atau angka giliran dalam format yang ditetapkan. Perkhidmatan SMS ini adalah dikenakan bayaran dan akan memotong kredit dalam telefon bimbit secara automatik. Setelah beberapa minit, pelajar akan menerima semula keputusan peperiksaan bersamaan nilai gred subjek dalam bentuk SMS.

Dengan Sistem ini juga, dapat menjimatkan masa para guru dan pelajar. Hal ini memudahkan pelajar menyemak keputusan mereka secara online. Tidak seperti masa dahulu, pelajar perlu pergi ke sekolah untuk merujuk papan kenyataan. Sistem SAPS NKRA telah memberi manfaat kepada para guru, para guru boleh mendapat keputusan ujian pelajar-pelajar yang diajar dengan sekaligus dalam satu senarai. Data-data ini telah dianalisis dan juga ditunjukkan dalam pelbagai bentuk seperti nilai gred purata, gred mengikut subjek dan lain-lain.

Penggunaan SAPS juga merupakan satu kaedah yang boleh memelihara alam sekitar. SAPS Ibu Bapa dapat mengurangkan penggunaan kertas. Hal ini kerana para pelajar hanya perlu menyemak keputusan peperiksaan mereka atas talian. Lembaga peperiksaan tidak perlu membazir sumber seperti kertas dan dakwat yang diperlukan dalam pencetakan keputusan. Kerajaan juga boleh menjimatkan kos berjuta-juta ini dan melabur ke dalam bidang lain.

Akhir kata, kepada pelajar-pelajar sekalian. Lulus atau gagal bukan halangan kepada anda untuk menuju ke arah kerjayaan. Jika anda gagal, jangan terus putus asa. Masih banyak peluang yang dibekalkan di luar sana untuk anda. Anda harus belajar dalam pengalaman ini. Peperiksaan bukannya penamatan, tetapi hanya permulaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *