Langkah-langkah membantu anak-anak menghadapi tekanan peperiksaan

Langkah-langkah menghadapi tekanan peperiksaan mengikut pakar-pakar.

Langkah-langkah membantu anak menghadapi tekanan

Pada waktu ini, pasti kebanyakan remaja yang telah mengambil peperiksaan umum berada dalam keadaan kegelisahan, Manakan tidak, ibu bapa turut terheret untuk berkongsi rasa yang sama. Tekanan yang menggunung semakin tinggi menjelang hari pengumuman keputusan peperiksaan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa tip yang dicadangkan oleh Stuart Haydock, seorang pakar psikologi di Bupa mengenai langkah-langkah yang sihat dalam mengurangkan tekanan yang sedang memuncak.

“Para pelajar pasti akan menjawab hari yang paling ditakuti ialah hari mereka bakal memperoleh keputusan peperiksaan”-Kata Haydock

“Tempoh ini bakal menjadi tempoh yang mencabar kepada pelajar. Ahli keluarga juga tidak terkecuali. Mereka mula mencari cara yang terbaik dalam menzahirkan dorongan dan semangat. Mungkin ada dalam ahli keluarga tertanya apakah langkah atau ucapan yang betul dalam menempuhi proses tersebut”

Di bawah merupakan lima tip yang perlu anda ikuti.

1. Lebihkan berkomunikasi

Lebihkan komunikasi

Tiada yang salahnya jika anda lebih bertanya khabar atau berkongsi perasaan dengan anak anak dalam tempoh ini. Sekurang mereka mengetahui anda juga prihatin terhadap perkembangan emosi mereka. Tiada lagi alasan untuk anak anak bersembunyi di dalam bilik, menyimpan tekanan seorang diri.

2. Utamakan Mereka

Anak-anak merupakan keutamaan dalam kehidupan ibu bapa. Cuma pada ketika ini, anak anak menjadi agak lemah akibat tekanan dan ketakutan yang berlingkar dalam fikiran. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama mereka. Mungkin dengan menonton wayang atau beli belah bersama. Jadikan kegembiraan sebagai satu keutamaan.

3. Tetapkan rutin tidur yang konsisten

Kami tahu sukar untuk ibu bapa menentukan rutin tidur anak tatkala mereka sudah mula menginjak alam dewasa. Mungkin ini masanya untuk anda ingatkan kepada mereka tentang keburukan pola tidur yang tidak menentu pada kesihatan diri. Tekanan juga mungkin memberi kesan kepada corak tidur yang tidak menentu ini. Mereka terlaku memikirkan keputusan yang bakal di peroleh. Oleh itu, meditasi sebelum tidur kelihatan sebagai langkah yang agak bagus bukan?

4. Tingkatkan aktiviti fizikal

Sekiranya anak anda gemar melakukan aktiviti fizikal, inilah masanya anda memberi dorongan untuk mereka kekal fokus dalam melakukan aktiviti yang mereka sukai itu. Aktiviti fizikal mampu mengurangkan tekanan yang memuncak dalam diri. Salah satu tip yang sihat untuk menyihatkan minda serta mencergaskan badan. Mungkin anda juga boleh turut serta untuk melakukan aktiviti yang sama. Bukan sahaja kesihatan anak yang menjadi lebih baik, anda juga tidak terkecuali bukan?

5. Amalkan diet yang sihat

Pastikan anda menyediakan pola pemakanan yang sihat buat seisi keluarga. Jangan lupa masukkan elemen penting seperti buah-buahan serta sayuran dalam juadah hidangan. Berikan perhatian kepada jumlah kafeina ahli keluarga anda ambil. Hal ini kerana, kafeina turut mempengaruhi paras hormon yang menyumbang kepada tekanan

Pekara yang anda harus tidak lakukan:

Jangan terlalu memikirkan hari tersebut

Jangan terlalu memikirkan hari tersebut.

Normal untuk anda memeriksa tarikh yang betul untuk menerima keputusan. Namun, jangan terlalu memikirkannya. Berhenti memenuhkan fikiran dengan maklumat yang sama. Perkara ini bakal menjadi penyumbang besar kepada tekanan dalam diri.

Berhenti membandingkan keputusan anak anda dengan orang lain.

Berhenti melakukan perkara ini. Tiada kebaikan yang bakal diperoleh.

Berhenti terlalu memikirkan hasil tetapi lebihkan menghargai usaha.

Jika keputusan anak anda tidak begitu memberangsangkan, berhenti terlalu memikirkannya. Sebaliknya, hargai usaha mereka dan rangka strategik khas untuk terus maju ke hadapan.

Hormati Privasi Anak anak

Jika anak anak ingin ke sekolah bagi mengambil keputusan, hormati keputusan mereka sekiranya mereka tidak ingin anda turut serta. Mungkin kelihatan normal untuk ahli keluarga untuk turut menemani mereka mengambil keputusan bersama anak. Namun hormati keputusan mereka sekiranya jawapannya adalah TIDAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *