Membaca bersama anak-anak dapat meningkatkan prestasi akademik

Ibu bapa berkebolehan meningkatkan prestasi akademik anak dengan melakukan aktiviti ilmiah bersama-sama dalam tempoh enam bulan. Ianya termasuk juga dengan melakukan aktiviti beriadah serta makan bersama.-Kajian pakar terkemuka peringkat antarabangsa.

Teknik Membaca Bersama Anak. “Meningkatkan Tahap Pemahaman Dan Melonjakkan Kejayaan Akademik”

Satu kajian telah dijalankan dan perkara tindak balas dalam senarai eksperimen tersebut tertumpu kepada pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah. Pakar mendapati perhatian yang diberi oleh ibu bapa secara berterusan kepada anak mampu mendorong mereka untuk melakukan kejayaan dalam peperiksaan. Aktiviti yang mendorong kepada peningkatan akademik ini adalah seperti bercerita tentang aktiviti harian, makan bersama serta melakukan aktiviti riadah. Menonton sebuah filem bersama juga mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dalam proses seperti menonton cerita bersama, ahli keluarga akan saling memberi respons mengenai pendapat mereka terhadap jalan cerita filem tersebut.

Dalam salah satu kajian yang berasing oleh Organisasi Ekonomi dan Kemajuan Peringkat Kebangsaan mendapat aktiviti ilmiah seperti membaca bersama memberi impak yang lebih besar kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sedar aktiviti seperti ini hakikatnya mampu menjadi pendorong kepada anak anak untuk menjadi seorang yang penuh dengan nilai murni. Hal ini kerana, teknik pembacaan yang betul di samping jalan cerita yang menyimpan seribu satu pengajaran memberi impak yang besar terhadap tumbesaran mereka. Tambahan pakar lagi, ibu bapa mungkin saling bergelut untuk memenuhi tuntutan pekerjaan serta tanggungjawab di rumah. Namun, mereka harus sedar bahawa mereka perlu mempunyai masa untuk melakukan aktiviti ini bersama anak anak.

 

Kebiasaannya juga, sebilangan ibu bapa “agak berat untuk membantu anak anak menyiapkan kerja sekolah” Mereka tidak yakin pada kebolehan sendiri atau mungkin merasakan komitmen lain lebih penting daripada membantu anak. Berita baik untuk ibu bapa yang masih ragu pada kebolehan sendiri, anda tidak perlu mempunyai Phd bagi membantu anak. Cukup dengan perhatian serta kasih sayang yang dicurahkan sepanjang proses tersebut. Meluangkan masa membaca bersama anak tidak lagi memerlukan ibu bapa untuk mempunyai pengetahuan yang tinggi bukan?

Satu kajian daripada OECD Data Analisis yang terdiri daripada 14 buah negara yang berbeza, telah mengumpul data mengenai tahap kewibawaan para pekerja berstatus ibu bapa. Kemudian,satu kaji selidik lain juga dijalankan bagi memperoleh jumlah masa secara kasar yang diluangkan oleh ibu bapa bekerja dalam melakukan aktiviti ilmiah misalnya membaca bersama anak. Hasil dapatan kajian menunjukkan pembabitan ibu bapa dalam aktiviti bercorak sebegini sejak anak anak berusia lima hingga enam tahun bakal memberi peluang cerah kepada mereka untuk berjaya dalam peperiksaan.

Peningkatan dalam bidang akademik juga dapat dikesan dalam tempoh enam bulan aktiviti ini dijalankan. Hakikatnya kelas tambahan kelihatan kurang memberi signifikan berbanding perhatian yang diberi ibu bapa dalam diri anak. Oleh itu, selaras kesedaran yang semakin timbul serta fakta kuat pendorong utama aktiviti ini, Ibu bapa sangat di sarankan untuk meluangkan masa bersama anak anak. Bagi perhatian yang sepatutnya diterima sejak mereka masih kecil lagi.-petikan ulasan kajian.

Kajian yang berlainan dijalankan oleh Pusat Kebajikan Buku mendapati 98% guru yakin pembacaan di rumah tidak mencapai objektif sepenuhnya. Mungkin masalah ini berpunca daripada penyampaian yang tidak berkesan oleh ibu bapa. Oleh itu, persatuan ini mencadangkan cara yang lebih proaktif. Mereka menggalakkan penggunaan buku audio bagi merangsang minat anak anak untuk lebih fokus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *