Panduan SAPS Ibu Bapa dan NKRA

Mengenai Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan (SAPS)

Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan (SAPS) merupakan satu bentuk aplikasi secara maya. Aplikasi ini terhasil daripada cetusan idea Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011. Tujuan utama SAPS adalah untuk mengumpul,menyimpan, serta menganalisis keputusan peperiksaan para pelajar di sekolah. Usaha ini bertepatan dengan objektif Analisis Kemajuan Sekolah (SIT) iaitu memainkan peranan penting dalam menganalisis data-data peperiksaan setiap sekolah di Malaysia. Kesanya, langkah ini mula menampakkan hasil dalam mengawasi draf kecemerlangan para pelajar di serata Malaysia.

Tujuan SAPS dioperasi secara maya adalah bagi memudahkan pelbagai pihak khasnya daripada MOE, JPN, PPD mahupun pihak sekolah sendiri dalam mengakses maklumat yang mereka perlukan. Keputusan serta analisis yang terpapar dalam laman sesawang berkenaan berpandukan Sistem Gred Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan terhasilnya platform ini, pihak ibu bapa tidak perlu lagi perlu datang ke sekolah bagi memperoleh input-input penting mengenai prestasi akademik anak-anak. SAPS turut menjadi penanda amaran awal menerusi analisis Take of Value (TOV), Actual Result (AT) dan juga Expected Target Result (ETR)

Dasar mengaplikasikan SAPS ini telah memudahkan pelbagai maklumat penting sampai secara langsung ke peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Salah satu modul Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan, SAPS Ibu bapa saling melengkapi dalam usaha memenuhi objektif Analisis Kemajuan Sekolah (SIT). SIT umumnya penting dalam mengenal pasti kelebihan mahupun kelemahan yang terhasil dalam segala jenis medium pembelajaran. Umum mengetahui bahawa SIT merupakan program khas di bawah inisiatif Transformasi Pendidikan Nasional (NKRA). NKRA merupakan program khas yang bertanggungjawab menyelia prestasi sekolah dalam melahirkan para pelajar yang berkualiti.

Panduan SAPS Ibu Bapa

Ibu bapa kini dapat mengawasi perkembangan akademik ana-anak di mana sahaja mereka berada. Mereka boleh memperoleh maklumat seperti bilangan subjek yang anak-anak mereka ambil, keputusan markah ujian atau peperiksaan mereka, purata gred pemarkahan, analisis keputusan anak dan juga jumlah kehadiran anak mereka ke sekolah. Maklumat ini penting buat ibu bapa yang ingin merencana perjalanan akademik anak-anak.

Ibu bapa dapat mengakses maklumat keputusan anak anak mereka yang berada di peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat menengah menerusi sistem SAPS ibu bapa. Mereka hanya perlu mengisi maklumat seperti Tahun Peperiksaan tersebut diadakan. Jenis-jenis keputusan yang boleh di akses melalui SAPS online ini ialah:

  • Ujian 1 & 2
  • Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan untuk UPSR, PT3 dan juga SPM

Namun, keputusan peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh diperoleh menerusi laman sesawang SAPS Ibu bapa. Oleh itu ibu bapa perlu menghubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Jabatan Peperiksaan Negeri untuk memperoleh keputusan yang diminta.

Kelebihan sistem SAPS Ibu Bapa

Ibu bapa dapat mengawasi keputusan markah atau gred setiap subjek yang diambil anak-anak. Konsep ini sebenarnya penting buat ibu bapa untuk mengenal pasti kebolehan anak anak dalam menguasai sesuatu subjek.

Melalui SAPS ibu bapa juga, penjaga bukan hanya boleh menganalisis keputusan terdahulu dan terkini. Malah boleh menjangkakan keputusan akan datang melalui perisian yang terdapat di dalam SAPS. Kesannya, anda akan dapat mengenalpasti kelemahan anak dalam senarai subjek yang diambil.

Semakan SAPS Ibu Bapa

Ibu bapa boleh mengikuti langkah langkah mudah di bawah untuk mendaftar masuk ke dalam laman sesawang SAPS.

Klik pada alamat sesawang di bawah

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.

http://sapsibubapa.com/wp-content/uploads/2017/11/word-image.png

  1. Masukkan nombor Kad Pengenalan anak anda tanpa tanda “-”. Contoh: 911102094500

Sekiranya nombor kad pengenalan sudah wujud. Ibu bapa dan penjaga boleh terus mengikuti langkah-langkah di bawah:

Klik pada (Carian Sekolah) dan pilih negeri anak-anak anda bersekolah. Kemudian. Klik pada butang (Cari Di Sini). Senarai sekolah yang ada di negeri pilihan akan terpapar pada menu. Anda hanya perlu pilih nama sekolah anak-anak anda berada sahaja. Seterusnya, klik pada butang Semak.

  1. Isikan maklumat pada ruangan Tahun
  2. Pilih menu Semak Laporan. Anda akan dapat melihat senarai keputusan ujian/peperiksaan yang tersedia untuk dimuat turun.
  3. Klik jenis keputusan yang anda mahukan.

step-1-saps

  1. Untuk maklumat lebih terperinci, klik pada Papar Keputusan Peperiksaan/ Gred Peperiksaan.

semakan keputusan saps

Di atas merupakan contoh keputusan yang dijana oleh sistem SAPS.

Untuk cetak, sila klik pada menu Cetak Keputusan yang terletak bahagian kiri paparan. Pastikan juga komputer anda sudah tersedia perisian Adobe Reader. (PDF). Hal ini penting bagi memastikan setiap maklumat yang dimuat turun daripada SAPS Online dapat dibuka melalui komputer anda.

Keputusan Ujian/ Peperiksaan terkini hanya boleh dipaparkan selepas pihak guru selesai memasukkan data maklumat ke dalam sistem. Ibu bapa dan penjaga perlu maklum bahawa kemasukan maklumat pemarkahan untuk setiap ujian/peperiksaan akan diadakan dalam tempoh masa yang spesifik selaras dengan garis panduan oleh MOE. Oleh itu, sila cakna pada setiap hebahan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan anda tidak terlepas mana-mana pengumuman.

Panduan SAPS NKRA

Dengan adanya sistem SAPS NKRA, guru kelas hanya perlu mengisi maklumat-maklumat mengenai pencapaian para pelajar di sini. Alternatif ini dilihat membantu mengatasi lambakan tugasan guru yang sebelum ini menguruskan kemasukan data peperiksaan murid secara konvensional.. SAPS NKRA memberi peluang untuk guru-guru mengenal pasti bilangan pelajar yang memerlukan perhatian khusus. Mereka seterusnya akan mendaftarkan bilangan pelajar yang memerlukan perhatian khusus ke dalam kelas tambahan. Proses pembelajaran pelajar-pelajar berkenaan akan dipantau melalui draf prestasi akademik yang turut dapat dijana melalui SAPS NKRA. Selain itu, Sistem turut menyimpan maklumat ujian untuk setiap subjek bagi peperiksaan setiap penggal.

Kelebihan SAPS NKRA untuk Guru-guru

Guru kelas kini bertanggungjawab untuk mengisi keputusan peperiksaan mahupun ujian para pelajar dalam tempoh yang ditetapkan. Hal ini mungkin kelihatan agak menyusahkan bagi para guru yang tidak mahir dalam mengoperasi sistem ini. Ada juga yang melihat konsep ini sebenarnya menambahkan beban kerja mereka.

Elemen kompleksiti mungkin hadir dalam menghasilkan sistem pendidikan yang lebih berstruktur. Oleh itu, guru-guru perlu berusaha dalam memantapkan kemahiran diri dalam mengoperasi sistem SAPS ini. Para guru perlu fahami di sebalik kewujudan SAPS ini sebenarnya memberi peluang kepada mereka untuk memantapkan kemahiran penyampaian ilmu. Bukannya, meluangkan sebahagian besar masa mereka dalam menyelesaikan kerja kerja menjilid keputusan peperiksaan pelajar ke dalam fail.

Salah satu kelebihan yang ada padaSAPS NKRA ialah para guru dapat menghasilkan analisis peperiksaan dengan lebih tepat dan relevan. Bukan hanya analisis setiap subjek sahaja dapat dijana oleh SAPS ini malah sistem ini turut dilengkapi perisian untuk menganalisis dan meramal prestasi para pelajar di penghujung tahun. Maklumat ini amat penting dalam membantu proses guru-guru melakukan pemerhatian tahap penguasaan para pelajar untuk setiap subjek.

Login portal SAPS NKRA

Untuk mula mengakses SAPS NKRA, sila daftar ID Pengguna dan Kata Laluan di portal nkra

image1

Daftar Masuk ke dalam sistem

Bagi pengguna yang berjaya mendaftar, anda hanya perlu mengisi Akses Kod dan juga Kata Laluan.

image3

Memilih Jenis Peperiksaan.

Tetapan untuk peperiksaan yang aktif akan bertanda hijau seperti dalam paparan di bawah. Tetapan yang berwarna hijau sahaja yang membenarkan sebarang perubahan dilakukan. Sila klik pada Masuk untuk melakukan sebarang perubahan.

image2

Profil Pengguna

Pastikan nama, jawatan dan nama sekolah dipaparkan secara tepat. Paparan di bawah merupakan senarai nama guru-guru mata pelajaran yang sedang aktif.

Menu untuk Guru Mata Pelajaran

  1. Sebelum memasukkan sebarang maklumat, sila pilih menu yang betul berdasarkan senarai ketetapan.

2. Mendaftar Subjek

Sebelum memulakan kelas, setiap guru mata pelajaran perlu mendaftar subjek mereka dengan menekan menu (Daftar Pelajar) melalui senarai yang terpapar pada Menu Guru Mata Pelajaran. Langkah-langkah yang lebih tepat adalah seperti berikut:

  1. Pilih Tahun yang dikehendaki
  2. Isikan maklumat pada petak Kelas
  3. Masukkan maklumat mengenai bilangan murid untuk subjek mata pelajaran anda
  4. Setelah selesai, klik pada butang Hantar.

Anda akan dapat melihat maklumat yang sudah diisi akan terpapar pada menu utama Mata Pelajaran guru subjek berkenaan.

image4

Kemas kini maklumat subjek

Setiap mata pelajaran yang sudah didaftarkan boleh diedit atau padam melalui langkah-langkah di bawah:

  1. Pilih Tahun yang berkenaan
  2. Pilih Kelas yang anda kehendaki
  3. Pilih Subjek yang perlu dilakukan perubahan
  4. Setelah selesai sila klik pada butang Simpan atau Padam ( bagi membuang maklumat subjek dalam sistem SAPS)

image7

Mengisi Maklumat Pemarkahan Ujian/Peperiksaan Tahunan

Untuk memulakan proses mengisi maklumat, klik pada menu Markah Peperiksaan

  1. Isikan maklumat pada ruang Kelas dan Subjek
  2. Isikan maklumat mengenai markah para pelajar pada ruang yang kosong.
  3. Setelah selesai, klik pada butang (Simpan Rekod)

PERINGATAN: Sila pastikan BILANGAN Pelajar yang mengambil peperiksaan diisi dengan tepat.

TH = (Tidak Hadir)

1 = Markah Minimum

image6

image7

Markah TOV/ETR

Klik pada TOV/ETR Menu. Kemudian sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengisi maklumat TOV/ETR setiap pelajar.

  1. Pilih Subjek/Kelas yang diajar.
  2. Isikan maklumat TOV dan Target Data
  3. Setelah selesai, klik pada butang Simpan Target.

Klik pada menu Cetak Target untuk mencetak maklumat yang sudah diisi.

Klik pada ikon Tong Sampah untuk membuang semua maklumat berkaitan TOV/ETR yang ingin dipadam.

Menukar Kata Laluan SAPS NKRA

Terdapat butang khas untuk menukar kata laluan. Pengguna boleh menekan butang berkenan untuk melakukan perubahan. Langkah-langkah adalah seperti berikut:

  1. Klik pada butang Tukar Kata Laluan
  2. Masukkan maklumat mengenai ID Pengguna
  3. Isikan kata laluan lama
  4. Isikan kata laluan baru
  5. Isikan kata laluan baru untuk pengesahan
  6. Setelah selesai, klik butang Hantar.

image10

SAPS untuk Setiausaha Peperiksaan (SUP)

Tugas utama Setiausaha Peperiksaan bertindak sebagai penyelia. Beliau perlu memasukkan maklumat mengenai kelas-kelas yang berdaftar di sekolah, maklumat mengenai pengetua sekolah dan melengkapkan maklumat-maklumat yang kurang terperinci di SAPS. SUP juga perlu memastikan segala maklumat para pelajar dan juga markah-markah perolehan mereka di dalam ujian/peperiksaan diisi dengan lengkap dan betul oleh guru kelas.

Daftar Setiausaha peperiksaan (SUP), Guru Kelas (GK), dan Guru Mata Pelajaran (GMP)

Sekiranya SUP yang baru dilantik masih dikategori sebagai GMP di dalam sistem. Sila maklumkan masalah anda pada SUP terdahulu. Jika SUP lama masih kekal sebagai SUP sekolah walaupun telah terdapat perubahan jawatan, minta ikuti langkah-langkah di bawah:

https://i2.wp.com/anakaskarpencen.com/blog/wp-content/uploads/2017/03/SAPS-Level-SUP-Hilang.png?resize=618%2C547

  1. Klik menu Masuk mengikut jenis Peperiksaan
  2. Klik (Kemudahan)
  3. Paparan menu di atas akan terpapar. Kemudian klik (Tukar Admin)
  4. Pilih menu (Pilih Guru). Senarai nama guru akan terpapar.

https://i2.wp.com/anakaskarpencen.com/blog/wp-content/uploads/2017/03/SAPS-Level-SUP-Hilang2.png?resize=618%2C229

  1. Pilih nama SUP baru dan klik (Hantar).

Sebarang masalah yang timbul ketika sedang melakukan perubahan perlu dilaporkan kepada SAPS HELPDESK. Jika status guru yang sudah dinaikkan pangkat kepada SUP masih kekal sebagai GMP di dalam sistem. Sila sediakan maklumat mengenai kod sekolah atau no kad pengenalan guru tersebut dan saluran kan maklumat kepada sumber yang sama (SAPS HELPDESK)

GMP yang baru dinaikkan pangkat sebagai GK perlu melakukan perubahan maklumat melalui laman sesawang Pusat Data Pelajar (APDM). Kemudian, sila maklumkan kembali kepada SUP mengenai status perubahan. SUP seterusnya akan melakukan perubahan pula dalam sistem SAPS. SUP hanya perlu klik pada DATA APDM> SENARAI KELAS DAN GURU KELAS

https://i0.wp.com/anakaskarpencen.com/blog/wp-content/uploads/2017/03/SAPS-Tukar-Level-GMP-GK.png?resize=618%2C196

https://i2.wp.com/anakaskarpencen.com/blog/wp-content/uploads/2017/03/SAPS-Tukar-Level-GMP-GK1.png?resize=618%2C238

  1. Klik pada menu Import Data APDM.
  2. Menu menunjukkan senarai kelas dan guru kan terpapar.

Seperti sedia maklum, SUP boleh juga menukar status GK kepada GMP. SUP hanya perlu klik pada Senarai Pengguna, pilih nama guru yang perlukan perubahan. Seterusnya klik pada butang Reset Semula. https://i0.wp.com/anakaskarpencen.com/blog/wp-content/uploads/2017/03/SAPS-Tukar-Level-GK-GMP.png?resize=618%2C309

https://i2.wp.com/anakaskarpencen.com/blog/wp-content/uploads/2017/03/SAPS-Tukar-Level-GMP-GK2.png?resize=618%2C228

Mendaftar Guru Mata Pelajaran Baru:

  1. Klik pada Menu Guru.
  2. Klik pada menu Tambah Guru
  3. Masukkan no kad pengenalan, nama penuh dan juga jantina.
  4. Kemudian, klik Simpan

https://i1.wp.com/anakaskarpencen.com/blog/wp-content/uploads/2017/03/SAPS-SUP-daftar-GMP-Baru.png?resize=618%2C408

SUP juga boleh memindahkan peranan Admin kepada guru yang bakal dilantik sebagai SUP seterusnya. Langkah-langkah adalah seperti di bawah: https://i2.wp.com/anakaskarpencen.com/blog/wp-content/uploads/2017/03/SAPS-SUP-Tukar-Admin.png?resize=618%2C533

1. Klik (Masuk) berdasarkan jenis ujian/peperiksaan

2. Klik pada menu (Kemudahan)

3. Klik pada butang untuk Tukar Admin.

4. Klik pada Pilih Guru. Senarai nama guru yang aktif akan terpapar pada skrin utama. https://i0.wp.com/anakaskarpencen.com/blog/wp-content/uploads/2017/03/SAPS-SUP-Tukar-Admin3.png?resize=618%2C533

  1. Seterusnya, pilih nama SUP baru. Kemudian, klik hantar.

Selain daripada itu, SUP juga boleh menghantar maklumat GK atau GMP ke sekolah yang lain, menyelesaikan masalah nama pelajar yang terdapat di dua kelas yang berbeza serta mendaftar nama guru dan pelajar di APDM dan seterusnya mengimport maklumat tersebut ke dalam SAPS.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *