Patutkah Ibu Bapa Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak-anak Secara Online?

Setelah sistem atas talian SAPS Ibu Bapa diperkenalkan, ibu bapa dapat menyemak keputusan peperiksaan sekolah anak mereka dengan mudah. SAPS Ibu Bapa membenarkan ibu bapa menilai prestasi anak mereka secara keseluruhan dalam sepanjang tahun berikut. Maklumat yang disediakan adalah amat terperinci di mana prestasi anak mereka dianalisis dan dibahagi mengikut pelbagai kategori. SAPS Ibu Bapa memaparkan keputusan peperiksaan pelajar mengikut pelbagai subjek yang diambil, kedudukan prestasi mengikut kelas dan seluruh tingkatan, rekod kehadiran, nilai purata gred serta gred subjek berdasarkan slip keputusan.

SAPS Ibu Bapa memaparkan keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dengan keseluruhan supaya ibu bapa dapat bantu menyelia dan mengawal prestasi anak mereka. Ibu bapa boleh mengesan kelemahan dan kekuatan anak mereka melalui analisis yang dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan di sekolah. Dengan adanya SAPS Ibu Bapa, mereka boleh mengikuti perkembangan prestasi anak mereka sepanjang tahun.

SAPS Ibu Bapa diwujudkan sebagai penyelesaian kepada kemerosotan keputusan peperiksaan pelajar. Dengan memaparkan prestasi pelajar kepada ibu bapa, mereka dapat memantau dan mengawal tindakan anak mereka di rumah. Kaedah ini amat berkesan dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam ujian kerana mereka tidak ingin gagal dalam peperiksaan disebabkan keputusan ujian semua akan dipaparkan atas talian.

Walaupun begitu, terdapat soalan menimbul bahawa adakah kaedah ini bagus untuk pelajar-pelajar? Pengeksesan ibu bapa yang tanpa had boleh mendatangkan pelbagai masalah terhadap pelajar. Pelajar terpaksa mengalami tekanan untuk terus mengekalkan prestasi, iaitu nilai purata gred mereka. Secara kelamaannya, hal ini akan menyebabkan hubungan antara guru, ibu bapa dan anak menjadi regang. Hal Ini tidak dapat memberi bantuan dalam prestasi pelajar, sebaliknya mungkin menyebabkan ia ada rasa ingin melarikan diri dari pemantauan.

Pelbagai kajian telah dibuat untuk mengkaji tentang masalah ini. Termasuk kajian dilakukan oleh Hudson dan Rapee pada tahun 2001 untuk mengkaji pengaruh penglibatan ibu bapa dan prestasi kanak-kanak dalam menyelesaikan tugasan rumit. Selain itu, Satu lagi kajian yang dibuat oleh Hawk et al pada tahun 2009 mengatakan banyak keluarga yang berlaku konflik antara ibu bapa dan anak adalah disebabkan penceroboh privasi. Anak mereka kurang selesa kerana berasa tidak bebas dan tiada privasi. Tindakan pemantauan oleh ibu bapa yang terlalu ketat terhadap anak mereka akan menyebabkan mereka melakukan tindakan luar jangkaan. Kajian menunjukkan bahawa tanda-tanda konflik akan berlaku lambat laun pada masa remaja mereka, tetapi dengan intensiti dan masa yang berbeza.

Juga terdapat maklumat yang kukuh mengatakan bahawa ibu bapa seharusnya tidak patut mengawal anak mereka secara melampau. Anak-anak perlu sentiasa diberi ruang untuk membuat kesilapan. Jika tidak, mereka akan memaksa diri untuk melakukan sesuatu dengan sempurna untuk memuaskan hati orang dewasa. Mereka tidak berani membuat kesilapan, dan ini akan menyebabkan mereka sentiasa paranoid dan terikat dalam percubaan untuk menjadi sempurna. Hal Ini boleh menjadikan mereka lebih berhati-hati dalam kerjaya akademik, tetapi juga mungkin mempunyai kesan buruk yang tidak dapat dijangka.

Apabila anak-anak sentiasa dalam keadaan tertekan, mereka akan berasa bimbang dan takut. Perasaan ini boleh menukar jadi ketakutan dalam menjalankan sesuatu aktiviti, seterusnya menghalang dan mengehadkan keupayaan mereka. Oleh itu, penglibatan ibu bapa yang melampau mungkin akan menyebabkan penurunan prestasi anak.

Bukan itu sahaja, tekanan pelaksanaan akan mengurangkan motivasi terhadap pelajar secara keseluruhan. Penilaian prestasi adalah tidak dapat dielakkan dalam proses pembelajaran sama ada di sekolah atau di universiti. Walaupun pernah ada penyelidikan mengatakan penilaian secara khusus mungkin boleh memberi kesan besar terhadap proses motivasi, tetapi sedikit perhatian juga ditumpukan terhadap kajian hubungan antara penggredan dan pendekatan serta pencapaian matlamat.

Pemantauan secara melampau dan berterusan oleh ibu bapa terbukti akan memberi tekanan serta menjejaskan perkembangan anak-anak mereka. Hal ini akan menyebabkan kemerosotan prestasi dalam akademik. Juga menjejaskan hubungan antara ibu bapa dan anak akibat berlakunya konflik. Secara kelamaannya, anak-anak ingin melarikan diri dari pemantauan ibu bapa. Mereka menginginkan kehidupan yang bebas dari kawalan orang dewasa.

Mereka akan cuba mencari cara untuk menentang kawalan terhadap mereka. Mereka mula bertindak luar jangkaan untuk menunjukkan perasaan puas hati kepada ibu bapa. Apabila mereka tidak diberi ruang untuk membuat kesilapan, mereka berkemungkinan akan bertarung dengan tidak peduli dengan kesilapan yang mereka buat lagi. Hal ini menyebabkan mereka mengamalkan sikap acuh tak acuh kerana tidak mahu menghadapi tekanan. Jika mereka berasa terlalu tertekan, tidak mustahil bagi mereka bertindak meninggalkan institusi pengajian tersebut. Masalah yang semakin buruk mungkin berlaku apabila remaja terjebak dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti ketagihan dadah.

Selain itu, Ibu bapa perlu menghormati privasi anak mereka semakin menjadi dewasa. Jika masih teruskan sikap memerintah seperti dulu, mereka akan berasa tiada ruang dan kebebasan untuk berkembang. Mereka akan menegaskan kebebasan apabila dihalang. Ibu bapa harus memberi ruang dan motivasi yang sihat untuk mereka terus berkembang. Beri ruangan untuk mereka membuat kesilapan, mereka akan lebih rapat dengan ibu bapa. Jika tidak, mereka akan hidup dalam keadaan kurang yakin dan rasa takut untuk memulakan sesuatu.

Di sini bukannya bermaksud SAPS Ibu Bapa akan memberi kesan buruk kepada hubungan antara ibu bapa dan anak. Ia bergantung juga kepada bagaimana ibu bapa menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini. Cuma ibu bapa perlu memahami bahawa setiap remaja adalah berbeza, dan akan mendapat manfaat daripada pelbagai peringkat sepanjang perjalanan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *