Pengurusan masa yang berkesan pada musim peperiksaan

Pengurusan masa merupakan salah satu kemahiran yang perlu ada dalam setiap pelajar cemerlang. Kemahiran ini perlu dilatih dan ia pastinya akan membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Dalam musim peperiksaan, ramai pelajar akan menghadapi masalah dalam pengurusan masa. Perkara ini biasa berlaku kerana sesetengah pelajar baru nak mula belajar apabila tempoh peperiksaan semakin dekat. Mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran. Walaupun begitu, masalah ini sebenarnya dapat diselesaikan dengan cara-cara tertentu. Dan ia mungkin lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Pelajar-pelajar boleh menambahbaik kemahiran pengurusan masa dengan beberapa cara yang senang.

1) Cuba mengatur masa dengan
Cara ini lebih mudah daripada anda fikirkan. Pelajar perlu menetapkan matlamat anda, seterusnya cuba untuk mengawal tindakan sendiri. Pelajar juga memerlukan kemahiran merancang aktiviti yang hendak dilakukan. Bukan sahaja mengetahui apa yang anda mahu lakukan, tetapi perlu tahu apa yang penting kepada anda. Pada musim peperiksaan, pelajar patut mengutamakan kesihatan dahulu, seterusnya barulah pelajaran. Pelajar perlu mengetepikan aktiviti yang kurang penting dahulu, dan memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam pelajaran. Pelajar perlu mengatur lebih banyak masa dalam mengulang kaji. Jangan biar orang lain menjejas dan menpengaruhi perancangan masa anda. Sama ada kawan ataupun ahli keluarga anda.

2) Sediakan dan menggunakan jadual masa dan kalendar
Cara ini mungkin sudah biasa digunakan oleh orang ramai. Tetapi dengan perkembangan teknologi yang pesat, jadual masa dan kalender juga ditukar kepada bentuk digital. Jadual masa dan kalender digital menjadi lebih mudah digunakan berbanding yang lama. Pelajar boleh mencatat apa sahaja tanpa perlu risau tidak cukup ruang untuk bertulis. Jadual masa dan kalender yang dalam bentuk aplikasi boleh dibawa ke mana-mana kerana ia disimpan di telefon pintar ataupun laptop. Dengan adanya aplikasi-aplikasi ini, pelajar tidak akan melupakan aktiviti yang telah dirancang dan dilakukan. Aplikasi calender akan mengingatkan pelajar tentang tarikh peperiksaan berlangsung. Fungsi akan menyedarkan pelajar-pelajar yang mula malas dan curi tulang.

3) Penggunaan alat atas talian
Selain daripada jadual masa dan kalendar digital, pelajar boleh cuba memuat turun aplikasi-aplikasi yang lain mengikut keperluan. Terdapat banyak aplikasi dalam laptop dan telefon pintar yang dapat bantu menyimpan bahan-bahan pelajaran. Salah satu alat atas talian yang berguna ialah sistem SAPS Ibu Bapa, dimana boleh memudahkan pelajar dan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan secara atas talian. Penggunaan sistem ini dapat menjimatkan masa pelajar dan ibu bapa kerana tidak perlu pergi ke sekolah untuk mendapatkan keputusan. Maklumat-maklumat yang disimpan dalam sistem adalah selamat kerana dilindungi oleh sistem keselamatan. Sistem ini juga membekalkan jadual peperiksaan, untuk memudahkan rujukan pelajar dan ibu bapa pada bila-bila masa.

4) Merancang jadual masa yang terperinci untuk peperiksaan
Pelajar boleh merancangkan jadual masa yang khas bagi musim peperiksaan, dan menyenaraikan setiap aktiviti yang perlu dilakukan pada setiap hari. Pelajar boleh mengulang kaji satu atau dua subjek dalam sehari. Jangan memberi kekosongan dalam jadual masa yang dirancang. Hal ini adalah untuk mengelakkan pelajar terpengaruh oleh perkara lain dan curi tulang. Namun begitu, pelajar boleh merancangkan masa untuk berehat bagi menenangkan minda. Banyak perkara yang boleh dirancang dalam jadual masa seperti makan pagi, makan petang, masa ulang kaji, masa rehat dan lain-lain. Semakin banyak aktiviti yang dirancang bermakna semakin sedikit masa yang dibazir.

5) Sentiasa membawa nota ringkas
Pelajar cemerlang selalunya akan membuat nota ringkas sendiri untuk diulang kaji. Setiap pelajar akan ada nota ringkas sendiri, dan pelajar akan lebih senang hafal kerana catatan ditulis sendiri. Pelajar harus sentiasa membawa nota ringkas tersebut tidak kira berada di mana. Dengan ini, pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk membuat ulang kaji. Sebagai contoh, pelajar boleh mengeluarkan nota ringkas semasa menunggu bas di perhentian bas. Lama-kelamaannya, pelajar tidak akan lupa apa yang dibelajar kerana telah ulang kaji pada setiap hari.

6) Merancang masa rehat
Pelajar tidak patut belajar pada setiap masa, masa rehat juga amat penting untuk mengurangkan tekanan pelajar. Tekanan boleh menyebabkan prestasi pelajar dipengaruhi kerana tidak dapat menumpukan perhatian dalam peperiksaan. Pelajar perlu belajar dengan bersemangat dan dimotivasi. jika merasa letih dan tidak mampu berterusan, ambil masa untuk berehat. Pelajar boleh melakukan aktiviti sosial yang mudah jika rasa perlu. Hal ini dapat mengurangkan tekanan dan merehatkan minda pelajar. Pelajar harus ingat bahawa proses pembelajaran tidak boleh dipaksa, buat sahaja apa yang mampu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *