Penyediaan awal sebelum menduduki peperiksaan

Hampir setiap pelajar pernah ada pengalaman begini sebelum menduduki peperiksaan. Dimana mereka akan merasa tertekan kerana kurang yakin dengan kemampuan sendiri. Pada musim peperiksaan, semua pelajar akan mula rasa risau dan mula mengulang kaji tanpa berhenti. Hal ini kerana mereka mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun begitu, masih terdapat sesetengah pelajar yang bersikap sambil lewa, menghabiskan hujung minggu dengan melepak dengan kawan di luar. Pelajar-pelajar begini harus mengambil nafas panjang, bertenang dan berfikir dengan serius. Penyediaan awal adalah amat penting, dan merupakan salah satu faktor bagi pelajar untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang. Rancangan yang teratur dapat mengurangkan rasa kebimbangan dan bantu dalam meningkatkan prestasi dalam peperiksaan. Di sini akan menyenaraikan beberapa tip yang boleh membantu para pelajar bagi mengharungi peperiksaan yang penting ini.

Perkara yang paling utama yang perlu pelajar lakukan adalah merancangkan satu jadual pembelajaran. Tidak perlu risau dulu walaupun anda tidak tahu langsung apa yang telah guru-guru ajar selama ini. Luangkan beberapa minit untuk membuat rancangan pembelajaran anda. Pelajar perlu memastikan masa yang ditetapkan tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara lain. Dan masa pembelajaran tidak semestinya panjang, sejam pun sudah cukup selagi jadual pembelajaran tersebut dipatuhi. Beritahu diri sendiri bahawa pada hari yang berkenaan, hanya tumpukan perhatian dalam pelajaran. Jika pelajar tidak membuat demikian, besar kemungkinan masa akan dibazir untuk melakukan aktiviti lain. Tanpa belajar dan ulang kaji, kemungkinan kegagalan bagi pelajar adalah tinggi. Pelajar yang tidak ingin perkara tersebut berlaku perlu memaksa diri untuk belajar. Sebagai contoh, menentukan masa pada setiap isnin dari jam satu hingga empat, mesti ulang kaji pelajaran. Seterusnya pelajar boleh membahagikan waktu pembelajaran mengikut subjek yang berlainan. Selain itu, pelajar boleh menetapkan jumlah waktu minimum dan maksimum bagi setiap minggu atau hari. Kadang-kadang pelajar akan menghabiskan berjam-jam bagi satu topik, hal ini akan memanjangkan waktu pembelajaran secara keseluruhan. Jadi pelajar perlu bijak mengawal masa agar tidak membazir masa. Pengurusan masa yang terancang merupakan kunci kerjayaan. Dengan belanja beberapa minit dalam merancang jadual pembelajaran, anda sudah semakin dekat dengan kerjayaan. Jangan terlalu memaksakan diri sendiri, belajar sedikit demi sedikit pada setiap hari adalah cukup bagi yang baru mula.

Seterusnya, langkah yang perlu lakukan sebelum peperiksaan adalah dengan mengatur ruang kerja pelajar. Jika boleh pelajar harus mengelakkan diri dari belajar di bilik tidur. Cuba asingkan dua perkara, hal tidur dan hal peperiksaan. Di tempat belajar pelajar pula, harusnya dilengkapi semua bahan pelajaran, alat-alat tulis dan laptop jika perlu. Di sini pelajar akan menghabiskan banyak masa untuk belajar dan mengulang kaji. Jadi perlu memastikan ia adalah kemas dan selesa. Pelajar perlu pandai mengawal diri supaya tidak meninggalkan tempat belajar tersebut. Jika tidak, anda akan mudah dipengaruhi oleh gangguan di tempat sekeliling. Kajian terbukti bahawa otak manusia akan senang hilang fokus jika menumpukan sesuatu dalam setengah jam. Pelajar akan hilang semangat dan memberi alasan untuk tidak belajar. Namun begitu, pelajar perlu ingatkan diri sendiri supaya tidak hilang fokus. Hal ini kerana masa anda akan dibazir jika anda mula melakukan aktiviti lain. Jadi pelajar perlu sentiasa memastikan tempat belajar adalah kurang gangguan dari persekitaran. Jika merasa bising di rumah, pelajar boleh mengunjung ke perpustakaan agar dapat belajar dan mengulang kaji dalam suasana yang senyap.

Pelajar-pelajar yang belajar ataupun ulang kaji harus mengetahui apa cara yang sesuai bagi diri sendiri. Sebilangan pelajar mungkin lebih gemar belajar menggunakan rajah, ada yang belajar melalui membaca, dan juga menggunakan aplikasi-aplikasi atas talian. Pelajar boleh menentukan gaya pembelajaran dengan melihat pada subjek terbaik diri sendiri. Kebanyakan pelajar akan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang pada subjek yang tertentu kerana ada minat. Cuba fikir balik, apa gaya pebelajaran yang mungkin sesuai bagi diri sendiri? Bentuk rajah, audio, bacaan, belajar dalam kumpulan… Gaya pembelajaran yang paling sesuai bagi para pelajar dapat memaksimumkan potensi mereka. Belajar dalam satu kumpulan merupakan cara yang bagus untuk membantu mempertingkatkan perfahaman semua orang. Rakan-rakan boleh membincang tentang satu topik dan saling bertanya soalan agar semua orang faham. Dengan ini, proses mengumpul maklumat juga menjadi lebih pantas, dan dapat menjimat masa kerana adanya kerjasama dari semua ahli kumpulan.

Selain itu, langkah penyediaan sebelum menduduki peperiksaan ialah mendapatkan kertas peperiksaan tahun-tahun lepas. Selalunya guru-guru akan memberi soalan peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas kepada pelajar sebagai latihan. Jika tiada, pelajar perlu berusaha mencari bahan-bahan tersebut sama ada dari perpustakaan, kedai buku ataupun internet. Dengan membuat latihan soalan peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas, pelajar akan dapat membiasakan diri dalam menjawab soalan. Pelajar perlu baca soalan peperiksaan dengan teliti dan berhati-hati ketika menjawab soalan agar menepati skema jawapan.

Sebelum sampainya tarikh peperiksaan, pelajar perlu memastikan alat-alat yang diperlukan telah disimpan dalam beg sekolah. Sebagai contoh, bahan ulang kaji, pensil, pen, kalkulator, pembaris, kertas catatan dan lain-lain yang mungkin akan diperlukan ketika peperiksaan. Untuk memastikan alat-alat penting semua disimpankan di beg sekolah, pelajar boleh membuat satu senarai semak yang ringkas. Sebelum pergi ke sekolah, memeriksa senarai semak tersebut untuk memastikan tiada yang tinggal di rumah. Jika boleh, lebih bagus kalau dapat menyediakan segala yang diperlukan pada malam yang sebelum peperiksaan, supaya anda tidak tergesa-gesa pada hari yang kemudian.

Akhir sekali, pelajar perlu memastikan tiada masalah pengangkutan untuk pergi ke dewan peperiksaan. Hal ini amat penting kerana peperiksaan tidak menunggu jika sudah sampai masa. Pelajar harus sampai ke dewan peperiksaan lebih awal daripada masa peperiksaan bermula. Jika berlaku kesesakan jalan lalu lintas pun, pelajar tidak akan lewat ketika peperiksaan bermula. Sebelum peperiksaan bermula, para pelajar boleh berkumpul dan saling memberi motivasi dan kata-kata semangat. Hal ini juga penting supaya mereka dapat menduduki peperiksaan dengan selesa dan penuh semangat.

Pelajar perlu mula belajar dari sekarang, atau sekurang-kurangnya merancang jadual masa untuk belajar anda, harap anda dapat lulus cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang! Jangan nanti sedih ibu bapa melihat keputusan teruk di SAPS Ibu Bapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *