Persediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Pelajar

Persediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Pelajar

Persediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Diri Anda

Anda bakal menduduki peperiksaan penting? Tetapi sukar untuk menentukkan cara yang terbaik untuk anda ikuti? Inilah peluang keemasan anda untuk memantapkan teknik pembelajaran yang betul melalui 10 Tips Penting Persediaan Menghadapi Peperiksaan.

  • Berikan Masa untuk Diri Mencerna Setiap Topik yang Dipelajari

Persediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Diri Anda

Jangan amalkan sikap belajar ketika perlu. Sebaliknya anda perlu tekankan konsep pembelajaran sepanjang masa. Mungkin sesetengah pelajar berpendapat konsep ini tidak nampak praktikal dalam menghadapi peperiksaan. Mereka inginkan satu teknik pembelajaran yang memaksimumkan pemahaman setiap satu sub topik dalam masa yang singkat. Namun, diingatkan tiada kejayaan yang bakal diperoleh dalam masa yang singkat. Oleh itu, rangka satu jadual belajar yang anda mampu ikuti. Senaraikan peperiksaan ataupun ujian yang anda bakal duduki. Susun mengikut kepentingan dalam jadual yang telah anda rangka. Melalui cara ini, anda dapat menekan jenis peperiksaan yang perlukan perhatian lebih dan mengelakkan anda kelam-kabut di penghujung hari.

  • Tempat belajar yang kemas

Persediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Diri Anda

Pastikan anda selesa untuk melakukan proses ulangkaji serta menimba ilmu. Bagaimanakah cara memastikan anda memperoleh keselesaan? Pekara utama ialah dengan memastikan meja anda cukup luas untuk meletakkan buku. Kemudiaan, pencahayaan seharusnya dalam keadaan terbaik. Kerusi yang selesa juga memainkan peranan yang penting. Sila pastikan juga program yang mengandungi permainan maya tersorok daripada penglihatan ketika sedang belajar.

Hilangkan segala bentuk tarikan yang menghalang perhatian anda ketika belajar. Cipta keselesaan untuk kekal fokus. Setengah daripada kita mentakfirkan selesa ketika belajar melalui kesenyapan. Suasana yang hening. Ada pula yang selesa belajar dalam ditemani melodi kesukaan. Selain itu, ada yang menjadikan persekitaran yang kemas dan bersih aspek penting fokus dan selesa dan ada yang sebaliknya. Tepuk dada tanya selera. Tentukan pilihan diri anda.

  • Pembelajaran Melalui Carta Alir dan Gmbar Rajah

Bantuan visual sebenarnya penting dalam memaksimumkan pemahaman dalam proses mengulangkaji. Cuba cabar diri anda untuk menyenaraikan seberapa banyak kata kunci untuk setiap topik yang bari dipelajari. Teliti kembali senarai yang sudah dibuat dan ambil perhatian mana-mana bahagian yang penting masih tidak disenaraikan. Mantapkan pemahaman pada bahagian yang tidak disenaraikan. Kemudian,hasilkan satu carta alir serta gambar rajah yang bersesuaian ke dalam sekeping kertas. Menjelang musim peperiksaan, anda hanya perlu mengulangkaji nota yang sudah disediakan.

  • Biasakan diri dengan latih tubi melalui soalan-soalan peperiksaan terdahulu

Persediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Diri Anda

Sebenarnya konsep ini terbukti berkesan dan kekal relevan sepanjang masa. Dua kebaikan utama yang anda mampu perolehi dengan mengamalkan cara ini. Pertama, anda sudah memahirkan diri untuk menjawab soalan-soalan dalam format peperiksaan. Kemudian, anda dapat merancang tempoh masa yang diperlukan untuk setiap soalan yang bakal ditanya.

  • Penerangan

Gunakan orang berdekatan anda sebagai calon-calon pendengar. Sebaik sahaja anda berjaya menjawab soalan yang sukar atau berjaya memantapkan pemahaman dalam satu sub topik, terangkan hasil dapatan anda kepada ibu bapa mahupun adik beradik yang lain. Pekara ini akan menyenangkan proses mengingati dan mengesan mana-mana bahagian yang masih kurang jelas. Anda dapat menggunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan diri. Selain itu, menzahirkan pekara yang bermain dalam fikiran dalam bentuk lisan akan mengurangkan tekanan dalam diri.

  • Belajar secara berkumpulan

Persediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Diri Anda

Bentukan kumpulan belajar sendiri. Anda mungkin mempunyai banyak persoalan untuk sub topik tersebut dan rakan-rakan anda pula mempunyai jawapan yang dicari. Keadaan yang sebaliknya juga mungkin berlaku. Oleh itu, untuk kekal fokus dalam tempoh waktu yang telah anda tetapkan,teknik ini merupakan cara yang bagus. Anda akan mula mencabar diri untuk kekal sedia bagi menghadapi tempoh belajar secara berkumpulan yang seterusnya dengan cara mengulang kaji topik bakal dibincangkan dahulu.

  • Pentingkan waktu rehat untuk diri sendiri

Persediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Diri Anda

Jika anda berpendapat bahawa untuk kekal cemerlang memerlukan anda sibukkan diri dengan latih tubi yang berterusan, anda sudah salah. Seorang pelari acara marathon tidak akan berlari 24 jam untuk berjaya. Begitu juga dengan menimba ilmu, badan yang lesu bakal menjadi faktor penghalang untuk kekal fokus.

Semua orang berbeza. Oleh itu, rangka jadual belajar yang mampu diikuti oleh diri anda. Jika anda suka mengulangkaji waktu pagi, mulakannya awal supaya tempoh tersebut berakhir sebelum waktu tengah hari. Jika anda rasakan anda mampu belajar dengan baik waktu malam, ambil rehat secukupnya pada waktu petang. Menjelang malam, anda sudah bersedia di meja belajar.

Jangan berasa bersalah pada diri sekiranya anda meluangkan masa untuk beriadah berbanding mengulang kaji pada hari hari tertentu. Hakikatnya, vitamin D sebenarnya penting untuk proses metabolisma badan.

  • Makanan Kepada Otak

Persediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Diri Anda

Anda rasakan anda layak untuk menikmati sesuatu yang istimewa. Anda tidak punyai masa yang mencukupi untuk menyediakan makanan tetapi anda sedar anda mahukan sesuatu. Peringatan untuk semua, pekara yang bakal kita nikmati akan memberi kesan kepada kadar tenaga dalam diri. Oleh itu, jauhkan makanan ringan. Sihatkan diri dengan makanan yang mengandungi pelbagai nutrieunt. Jenis-jenis makanan yang dapat meningkatkan lagi daya ingatan serta fokus anda terdiri daripada ikan,kekacang,yogurt, dan buah beri. Amalkan konsep pemakanan ini lebih lebih lagi menjelang waktu peperiksaan. Makanan jenis ini terbukti berkesan dalam melepaskan tenaga untuk anda menjawa peperiksaan secara konsisten dan berterusan. Bandingkan jika corak pemakanan anda banyak mengandungi makanan bergula. Anda mungkin bertenaga pada permulaan tetapi tidak mampu konsisten dalam tempoh yang lama.

  • Rancang masa pada hari peperiksaan

IPersediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Diri Anda

Pastikan semua maklumat penting berkaitan peperiksaan sudah anda fahami. Jangan tunggu pada hari tersebut untuk anda mula mencari maklumat seperti arah yang betul ke tempat peperiksaan, alatan yang dibenarkan untuk dibawa. Periksa segala peraturan dan pekara yang perlu dipenuhi ketika peperiksaan dijalankan. Rancang masa dan perjalanan anda untuk ke tempat peperiksaan. Jika perlu, pandu ke lokasi tersebut bagi memperoleh gambaran jelas mengenai jarak dan masa. Jika tidak,sila senaraikan arahan lengkap sebagai penunjuk arah untuk ke sana.

Selepas anda memperoleh jangka masa yang diperlukan, bersiap lebih awal untuk tiba di lokasi pada waktu yang ditetapkan. Jika perlu, mungkin anda boleh mempelawa rakan-rakan yang lain turut serta. Pastikan mereka bersedia dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Minum air masak secukupnya.

Persediaan Untuk Peperiksaan: 10 Tips Penting untuk Diri Anda

Tip yang terakhir, pastikan badan anda kekal hidrasi. Pekara ini penting untuk otak anda berfungsi secara optimum. Pastikan anda minum air secukupnya pada waktu ulangkaji dan juga ketika hari peperiksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *