Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa

Umum ketahui Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan sistem khas dalam membantu ibu bapa serta penjaga dalam menyemak serta memantau keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Selain itu juga, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) ini juga dapat diibaratkan sebagai pusat memproses segala macam jenis maklumat yang sememangnya berkisarkan pembangunan sistem pendidikan Malaysia. Jadi tidak hairanlah SAPS mampu memaparkan slip keputusan peperiksaan terdahulu kerana turut bertindak sebagai pusat pengumpulan keputusan peperiksaan para pelajar seluruh Malaysia.

Konsep penggunaan yang sangat mudah, ibu bapa atau penjaga yang ingin mengetahui perkembangan prestasi belajar anak jagaan mereka hanya perlu memuat turun slip keputusan peperiksaan yang tersedia secara atas talian melalui portal Semakan Ibu Bapa di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS Ibu Bapa).

Slip keputusan peperiksaan ini memberi rujukan utama buat ibu bapa dan juga pelajar. Mereka dapat mengenal pasti maklumat seperti bilangan mata pelajaran daftar, jumlah markah, kedudukan dalam kelas/ darjah, jumlah kehadiran, peratus gred purata, dan keputusan pencapaian gred keseluruhan mata pelajaran dengan lebih jelas. Pendek kata, semua yang berlaku di sekolah kini dapat diketahui oleh ibu bapa/ penjaga walau di mana sahaja mereka berada.

Ibu bapa atau penjaga hanya perlu mengikuti beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat semakan keputusan ujian/ peperiksaan secara atas talian. Sila fahami dan ikuti dengan teliti penerangan di bawah.

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa

Semak Slip peperiksaan pelajar

Layari laman sesawang rasmi SAPS bagi membolehkan anda dibawa ke laman utama yang betul. Paparan utama akan meminta anda mengisi beberapa jenis maklumat. Sila isi maklumat yang diminta dengan betul bagi membolehkan anda memperoleh slip keputusan yang diminta.

Kolum Carian Pelajar.

  • Lengkapkan No KP atau Sijil Lahir. Jika No KP sudah wujud dalam pangkalan data SAPS, Ibu bapa/ penjaga dibenarkan untuk terus ke langkah kedua
  1. Pilih negeri anak anda bersekolah. Sesudah itu, klik butang “Cari Di Sini”.
  2. Seterusnya pilih nama sekolah anak anda berada dan klik pada butang Semak.

Semak Slip Keputusan Pelajar

Semak Slip Keputusan Pelajar

  1. Pada menu seterusnya, ibu bapa/ penjaga pelajar akan diberikan pilihan untuk semakan keputusan peperiksaan. Lengkapkan tahun dan jenis peperiksaan. Klik butang Papar Slip Keputusan bagi keputusan secara menyeluruh. Jika anda mahukan keputusan dengan lebih terperinci, klik pada Papar Markah Peperiksaan.
  2. Kategori Sekolah Rendah
  3. SAPS menyimpan, mengumpul dan menganalisis keputusan peperiksaan serta ujian bermula daripada Darjah Satu hingga Darjah Enam, SAPS bagi sekolah menengah pula turut mengumpul dan menganalisis keputusan bermula daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
  4. Pastikan komputer atau peranti mudah alih dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) bagi membolehkan anda mencetak lampiran slip keputusan.
  • Sekiranya masalah No KP atau Sijil Lahir gagal digunakan untuk akses ke dalam portal tersebut, ibu bapa perlu memaklumkan masalah berkenan pada guru kelas bagi tindakan selanjutnya.

Slip Keputusan Peperiksaan dan Analisa Markah Peperiksaan SAPS

Terdapat 2 dokumen yang boleh anda cetak dalam SAPS ibu bapa. Pertama ialah slip keputusan dan kedua ialah analisa markah. Namun kedua-dua dokumen ini sebenarnya adalah sama sahaja.

Kebiasaannya slip keputusan memadai untuk mengetahui pencapaian seorang murid dalam suatu ujian.

Slip keputusan memaparkan subjek yang diambil, markah dan gred setiap subjek dan markah keseluruhan. Markah keseluruhan seterusnya akan digunakan untuk mengira peratus pencapaian, sama ada murid tersebut lulus pada peperiksaan berkenaan. Perbandingan dalam dokumen ini hanyalah kedudukan kelas dan kedudukan dalam darjah. Kedudukan dalam kelas bermaksud ranking dalam suatu kelas, manakala kedudukan dalam darjah ialah ranking berdasarkan semua kelas dalam suatu darjah. Guru akan mengulas pada akhir slip keputusan, kebiasaanya guru hanya akan memberi komen yang umum, untuk menggalakkan murid agar berusaha dengan lebih keras lagi.

Analisa markah pula memaparkan keputusan 4 peperiksaan utama dalam setahun. Murid dapat membuat bandingan markah keempat-empat ujian sama ada terdapat peningkatan markah atau merosot. Ibu bapa juga dapat berbanding peratusan semua subjek dalam ujian-ujian utama anak-anak. Peratusan itu lebih penting daripada pencapaian sesetengah subjek kerana ia merupakan penentu hala tuju seorang murid, contohnya kemasukkan aliran di tingkatan atas atau melanjutkan ke pengajian tinggi.

Contoh Paparan Slip Keputusan Dan Analisis Markah Peperiksaan.

 Contoh Paparan Slip Keputusan Dan Analisis Markah Peperiksaan.

Ibu bapa yang perlukan maklumat mengenai tarikh kemasukan markah ujian mahupun keputusan peperiksaan boleh menyemak data yang tersedia dalam jadual di bawah. Setiap peringkat ujian atau peperiksaan mempunyai tempoh waktu kemasukan data yang tersendiri. Oleh itu, diharap ibu bapa dapat memberi ruang kepada para guru untuk mengemas kini data seperti markah dan keputusan peperiksaan dengan sebaik mungkin di sistem SAPS NKRA.

Makluman kepada para ibu bapa serta penjaga, maklumat peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak akan dipaparkan menerusi SAPS Ibu Bapa. Oleh itu buat mereka yang ingin memperoleh keputusan berkenaan dikehendaki menghubungi terus kepada pihak sekolah, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *