Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Pada masa kini, sudah pastinya kebanyakan ibu bapa di Malaysia sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak kira bekerja di bawah majikan atau bekerja sendiri. Oleh sebab itu, kadang-kala amat sukar bagi sesetengah ibu bapa untuk menghadirkan diri pergi ke perjumpaan ibu bapa dan guru di sekolah untuk memantau perkembangan prestasi anak-anak mereka.

Selaras dengan teknologi masa kini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah berusaha bagi membantu pihak ibu bapa dan guru untuk memudahkan proses tersebut. Usaha tersebut dapat memudahkan ibu bapa mendapat maklumat tentang keputusan anak-anak mereka tanpa bertanya kepada pihak sekolah kerana maklumat tersebut boleh diakses dengan mudah cuma dengan melayari laman sesawang SAPS. Dengan itu, maklumat tersebut diperoleh dengan mudah, semuanya di hujung jari.

SAPS merupakan web pangkalan data interaktif yang merangkumi lebih 10000 sekolah rendah and sekolah menengah di Malaysia. Sistem ini memudahkan perkongsian maklumat dan data antara pihak sekolah dan ibu bapa / penjaga.

 

APAKAH ITU SAPS SEMAKAN IBUBAPA?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau singkatannya SAPS merupakan satu sistem aplikasi yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan pihak ibu bapa / penjaga memantau prestasi anak-anak / jagaan mereka. Melalui sistem tersebut, pihak guru boleh memuat naik keputusan peperiksaan pelajar di sekolah masing-masing, manakala pihak ibu bapa / penjaga boleh mengakses laman web tersebut bagi memantau keputusan peperiksaan anak-anak / jagaan mereka. Selain itu, mereka juga dapat memuat-turun slip peperiksaan anak-anak / jagaan melalui laman web tersebut.

 

APAKAH KEGUNAAN SAPS SEMAKAN IBUBAPA?

Sistem ini memudahkan pihak ibu bapa / penjaga menyemak keputusan ujian anak-anak / jagaan mereka secara talian (online) melaluiĀ  laman web SAPS Semakan Ibu Bapa. Apabila ibu bapa / penjaga memuat-turun slip peperiksaan anak-anak / jagaan mereka, mereka boleh mengetahui akan maklumat seperti kedudukan anak-anak / jagaan di dalam kelas, jumlah markah yang diperoleh, peratusan gred purata, keputusan pencapaian gred keseluruhan mata pelajaran, mata pelajaran yang didaftar, dan juga jumlah kehadiran anak-anak / jagaan mereka di sekolah.

Namun demikian, tidak semua keputusan peperiksaan dapat diakses melalui laman web tersebut. Antaranya adalah keputusan peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

ANTARA SENARAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG BOLEH DISEMAK MELALUI SAPS SEMAKAN IBUBAPA.

Berikut adalah senarai keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui SAPS Semakan Ibu Bapa :

  1. Ujian 1 / Sumatif 1.
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2.
  3. Peperiksaan Akhir Tahun / Sumatif 3.
  4. Ujian Percubaan bagi Peperiksaan Awam UPSR, PT3 dan SPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *